Bina Semula Astaka Akademi Bakat ABS
Pada 6 Mac, ribut kuat telah melanda kampus Akademi Bakat ABS di Kampung Sungai Merab sehingga menyebabkan astaka kami runtuh.
Astaka ini merupakan ruang penting bagi para pelajar. Di sinilah mereka solat berjemaah, makan bersama, mengaji Al-Quran serta berkumpul untuk sesi pembelajaran dan aktiviti komuniti.
Kehilangan astaka ini telah mengganggu banyak aktiviti harian pelajar.
Kini kami mengumpul dana untuk membina semula ruang penting ini supaya aktiviti pembelajaran bersama-sama dapat diteruskan seperti sedia kala.
Sokongan anda akan membantu menghidupkan semula sebuah ruang yang menyuburkan iman, ilmu dan kebersamaan.
Didoakan setiap sumbangan menjadi sedekah jariah yang berpanjangan.
---
Mengapa Astaka Ini Penting?
Astaka ini digunakan setiap hari untuk:
• Solat berjemaah para pelajar
• Sesi mengaji dan pembelajaran Al-Quran
• Tempat makan bersama
• Perpustakaan
• Kelas kulinari
• Aktiviti pembelajaran berkumpulan
• Program komuniti dan perkongsian ilmu
Bagaimana Anda Boleh Membantu?
Sumbangan anda akan digunakan untuk membina semula astaka agar ia kembali menjadi ruang yang selamat dan selesa untuk pelajar.
Tiada sumbangan yang terlalu kecil.
Setiap ringgit adalah langkah menuju pembinaan semula ruang ini.

SASARAN KUTIPAN
RM100,000
⸻
KATEGORI SUMBANGAN
Platinum – RM10,000
• Logo / nama pada papan penghargaan Astaka
• Video khas penghargaan
• 5 kali paparan logo dalam media sosial Akademi Bakat ABS dan Ainon Business School
• Sijil penghargaan rasmi
• Jemputan Majlis Perasmian Astaka
⸻
Emas – RM5,000
• Nama / logo pada papan penghargaan Astaka
• Sebutan penghargaan dalam video
• 2 kali paparan logo dalam media sosial Akademi Bakat ABSdan Ainon Business School
• Sijil penghargaan rasmi
• Jemputan Majlis Perasmian Astaka
⸻
Perak – RM3,000
• Logo / nama pada papan penghargaan Astaka
• Poster penghargaan dalam media sosial Akademi Bakat
• Sijil penghargaan rasmi
⸻
Gangsa – RM1,000
• Logo dan nama pada poster penghargaan
• Sijil penghargaan digital
⸻
Sumbangan Prihatin
Sebarang jumlah sumbangan amat dihargai.
⸻
Nota Penghargaan
Semua penyumbang akan disenaraikan dalam laporan penghargaan projek pembinaan semula Astaka ABS.